Sulit
6 tahun
Masalah period tidak muncul
selamat pg doktor,sy nk tanya pasal masalah period sy xdtg sampai skrg.sy penah buat ujian scan dan test upt tp hasilnya negetif tdk hamil.last period sy 31/6/2109.asalnya sy selalu sakit badan,kebas jari tgn dan mulut tiap kali bgun dari tido jd untuk hilangkan rasa sakit sy slalu mengambil ubat ubatan seperti majun.adakah tanda nk monopaus atau penyakit.apa harus sy buat supaya period sy kembali normal.samasa sy buat scan dkt klinik doktor ada bg sy mkn ubt melancarkan period sonalut tp tetap sama…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Agak sukar untuk kami menentukan apakah ini menopause memandangkan anda tidak menjelaskan usia anda. Menopaus adalah waktu apabila haid wanita berhenti secara kekal selepas 1 tahun tanpa haid. Umur purata menopaus adalah 45 tahun hingga 55 tahun.
Tahun-tahun sebelum menopause dipanggil perimenopause. Fasa ini boleh bertahan sehingga 10 tahun. Semasa perimenopause, pergeseran dalam tahap hormon boleh menjejaskan ovulasi dan menyebabkan perubahan dalam kitaran haid. Justeru, pada tahap ini hormon mungkin tidak mengikuti pola normal. Akibatnya, anda mungkin mengalami pendarahan atau spotting yang tidak teratur. Selama beberapa bulan, haid anda mungkin lebih lama dan lebih berat. Untuk beberapa bulan lagi, ia mungkin lebih pendek dan lebih ringan. Bilangan hari antara haid juga boleh meningkat atau berkurang. Anda mungkin mula berhenti mendapat haid.
Memandangkan status menopause anda tidak dapat ditentukan, kemungkinan-kemungkinan lain apabila haid tidak datang adalah seperti berikut:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Sebetulnya, masalah ini dikenali sebagai abnormal uterine bleeding yang mana penyebabnya adalah banyak seperti diatas. Sebaiknya anda merujuk kembali doktor anda untuk membincangkan bahawa ubat Sunolut tersebut belum berhasil. Hal ini kerana kemungkinan anda memerlukan pemeriksaan lanjut sebelum perawatan dilanjutkan ke ubatan lain. Justeru, dalam mendiagnosis sebab sebenar masalah hormon anda, memerlukan kerjasama daripada pihak anda untuk sedia melalui fasa-fasa ini.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























