
Sulit
4 tahun
Masalah period tidak teratur dan macana
Saya berumur 27 tahun dan saya mengalami masalah segugut teruk sebelum ini. Tapi sekarang saya mengalami period yang tidak teratur… Last sy datang period bulan 3 dan sekarang bulan 6 saya masih tidak datang period. Sebelum ini saya mengambil ubat diet tapi saya dah stop pengambilan ubat tersebut. Selepas saya ambik ubat diet itu period saya tidak datang. Apakah solusi yang saya perlu buat?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah haid tidak teratur secara amnya boleh disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Berkenaan dengan suplemen ataupun ubat diet, kami tidak boleh mengulas lanjut berkenaan ubat ini sebelum mengetahui kandungannya.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terutamanya pakar O&G. Klik pada link ini DoctorOnCall untuk mendapatkan konsultasi bersama pakar O&G dan klik di sini untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.