
Sulit
4 tahun
Masalah period tidak teratur selepas berkahwin
sy wanita 28 tahun dan baru sahaja berkahwin 20 nov 2020.selepas bersama suami kitaran haid sy menjadi tidak normal.first period sy selepas kahwin bulan 12 dtg pd 3 dec 2020 tapi hanya 2 hari sahaja dan pendarahn stop pd hari ketiga.dan sy tidak mengandung.utk bulan seterusnya period sy dtg pd 2 jan 2021 dan stop pd hari ketiga jgk. adakah normal utk kitaran haid berubah selepas berkahwin.kerana kitaran haid sy sebelum kahwin adalah normal.sy cuba minta nasihat dr org2 yg sudah lama berkahwin.mereka suggest supaya sy membuat check up di klinik pakar wanita.sy harap doctor dapat membantu sy supaya sy tidak terlalu rsau dengan kesihatan dlman sy. terima kasih doctor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur. Punca utama ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah organ wanita - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Penyusuan
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.