
Sulit
4 tahun
Masalah period vs sakit kaki (bengkak)
Saya seorang wanita baru masuk awal 26.saya mengalami masalah period berkala. Sudah hampir setahun tidak mengalami period ini. Tahun lalu selepas 9 bulan saya datang period semula. Selepas ity sampai sekrang saya tidak mengalaminya. Sekrang juga saya mengalami sakit kaki di tumit kaki sebelah kiri dan askar untuk berdiri. Saya ada berjumpa doktor mengenai masalah kaki saya ini sakit apabila berdiri tetapi tanpa sebarang check tentang masalah saya, doktor tersebut terus menyalahkan saya yang saya gemuk. Untuk pengetahuan, berat saya ialah 73 dan tinggi 169 cm. Dooc, adakah a masalah kaki dan period saya ini berkaitan. Oh ya, sejak saya berjumpa dgn doktor tersebut, saya sudah tawar hati untuk jumpa doktor lain

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!