
Sulit
2 tahun
Masalah period yang tak datang sekian lama
Saya berumur 22 tahun. Sudah hampir 7tahun saya tidak datang haid. Semakin hari saya semakin risau Adakah ni tanda2 saya tidak punyai rahim? Apa ubat yang perlu saya makan dr. Saya sedih. Dr adakah ada peluang untuk saya period balik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Aktiviti riadah yang keterlaluan
- Badan terlalu kurus/ obesiti
- Polycystic Ovarian Syndrome
- Stress yang melampau
- Masalah kelenjar tiroid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.