
Sulit
4 tahun
Masalah period yang tak menentu
Saya wanita berumur 20an. saya ingin bertanya…Memang period saya dari dulu tak menentu 2/3 bulan baru datang, waktu period datang tu macam biasa je, normal. cuma lewat sahaja. tapi sekarang saya tak tahu apa masalah. last period datang hujung bulan 12 tahun 2020. nak masuk 4 bulan period tak datang. ada masalah ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami haid yang datang lewat dari waktunya, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana masalah haid yang lewat atau tidak datang memerlukan perhatian oleh anda dan doktor.
Anda juga boleh meneruskan aktiviti yang dinasihatkan oleh doktor anda dan anda juga boleh lakukan beberapa perkara ini sebagai usaha untuk mengembalikan haid anda:
- Mengamalkan pemakanan yang seimbang
- Bersenam dan mengamalkan amalan gaya hidup sihat
- Elakkan dari perkara yang mendatangkan tekanan kepada anda
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut dan ingin menghubungi atau membuat temu janji bersama doktor pakar sakit puan, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.