Sulit
4 tahun
Masalah period yang tidak datang dalam jangka masa yang lama
Saya wanita berumur 23 tahun mengalami masalah period tidak teratur. kali pertama saya datang period pada tahun 2015 itu pun hanya dalam seminggu selepas itu period terus tidak datang. kemudian pada tahun 2019 sekali period datang dlam masa 1 minggu lebih dan kemudian smpailah skrng period saya tidak datang. sya pernah jumpa doktor pakar pada tahun 2015 dan doktor kata hormon sya tidak stabil jdi dia ad bagi ubat untuk makan. bila saya ambil ubat tu lah period sya datang. apa masalah yang saya hadapi doltor? mohon penjelasan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak datang. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Menyusukan anak
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!























