Sulit
5 tahun
Masalah pernafasan dan tekak seperti ada kahak tetapi tiada kahak
saya berumur 35 tahun. seorang lelaki. saya mengalami kesukaran bernafas sejak PKP dilaksanakan. adakalanya kerongkong tidak selesa dan teras seperti mempunyai kahak tetapi tidak ada kahak. sy tidak batuk. sy tidak ada masalah kesihatan yang lain… saya tiada demam. apakah penyakit yang saya alami sekarang doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sesak nafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Pihak kami tidak dapat untuk memberikan jawapan yang dikehendaki. Hal ini kerana, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




































