Sulit
6 tahun
Masalah pernafassn dan nafas pendek
Hai doktor saya lelaki berumur 23 tahun nafas tk sesak sangat tapi rasa pendek. Bila tarik nafas dada rasa sempit kadang kadang ja jadi. Saya berhenti rokok dah setahun. sejak saya susah bernafas saya tk isap vape selama 3 hari. Hari pertama saya susah nafas saya rasa cemas tgn mengeletar sebentar dan muka and tangan rasa kebas kejap. Pada malam yg sama dah start rasa normal. Tapi kadang kadang ja rasa susah nafas dtg balik. Saya makan sehari sekali tidur lewat adakah ini jadi punca atau ada sakit lain? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan terperinci adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




































