
Sulit
4 tahun
Masalah pucuk tak besar
saya lelaki 15thn,zakar saya masih kecil,kenapa masih kecil sdngkan rakanrakan saya dah besar? tetapi zakar saya masih boleh tegang

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu !
Secara amnya, alat kelamin bagi seseorang lelaki itu akan membesar seiring waktu, umur dan tahap hormon didalam tubuh. Walau bagaimanapun terdapat fenomena yang dinamakan delayed puberty, iaitu sebuah kondisi dimana pebesaran sekunder tubuh badan berlaku secara perlahan atau lambat oleh kerana terlambat akil baligh.
Diharapkan anda tenang dan cuba berfikir positif, serta jauhkan dari sikap overthinking. Amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Sekiranya gejala diringi dengan rasa sakit, gangguan mood atau menggangu rutin harian, sila berjumpa dengan doktor secepatnya.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Fertility specialist kami sedia membantu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.