
Sulit
4 tahun
Masalah punggung dan period
hi, saya wanita dan umur saya 20 tahun. 4 hari lepas (4/4) tiba tiba muncul merah² di punggung saya(sebelah kiri). saya tidak sedar dan tidak menggaru sebab di tempat tersebut tidak berasa gatal. saya pegang bahagian tersebut, saya rasa kasar dan saya terkejut. kemudian saya tengok cermin, tanda merah² muncul dan di bahagian itu kulit terasa kasar dan agak kering dan tebal. untuk tambahan, pada 31/3 saya pergi ke klinik atas sebab period pain dan mendapat suntikan di bahagian punggung (bahagian kiri) tersebut . saya agak pelik kerana sakit period pain saya hilang tapi darah period saya tidak banyak keluar. saya ingin bertanya beberapa soalan.
- adakah ini kurap?
- adakah ada kena mengena dengan suntikan itu?
- adakah bekas parut/kurap ini akan kekal?
- bagaimana cara untuk menghilangkan bekas parut/kurap ini?
- adakah sebarang masalah kesihatan?
- adakah masalah period saya normal?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, untuk penyakit kulit, doktor perlu untuk melakukan pemeriksaan fizikal dan melihat sendiri keadaan kulit yang terjejas. Hal ini kerana, terdapat pelbagai diagnosis dan penyakit kulit yang boleh menyebabkan gejala yang anda sebutkan seperti:
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
- Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
- Kurap
- Ekzema
Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenai kurap di sini.
Untuk masalah haid tidak teratur, ianya boleh disebabkan oleh masalah:
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.