
Sulit
4 tahun
Masalah rahim jatuh dan menjejaskan kerja sya..adakah masih bisa dirawAt
Saya wanita umur 22 tahun.saya mungkin menghidap rahim jatuh kerana saya boleh sentuh rahim saya ianya semakin jatuh kebawah.adakah ia akan menjadi teruk walapun saya tidak mengangkat berat.tingal seinci lagi jarak rahim saya dengan lubang faraj adakah masih boleh dirawat…selain itu haid sy jg hanya datang selama 2 hari…adakah rahim saya akan lagi teruk jika bersetubuh.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf cik, kerana informasi yang diberikan adalah terlalu singkat dan tidak jelas.
Oleh itu, saya sarankan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda yang sebenar, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat sekiranya terdapat gejala yang merungsingkan anda.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Untuk makluman anda, rahim jatuh yang dikaitakan dengan senggugut atau sakit semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Faktor hormon yang lazim berlaku semasa haid akibat peningkatan prostaglandin
- Gangguan dari penyakit Endometriosis
- Gangguan ketumbuhan Adenomyosis atau Fibroid
Walau bagaimanapun, rahim jatuh juga boleh memberi maksud
- prolaps rahim atau prolaps faraj - lazimnya berlaku pada wanita tua atau yang mempunyai sejarah melahirkan bayi yang banyak
- jangkitan kuman pada kelamin atau isitilah lainnya kencing kotor
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Justeru buat masa ini saya sarankan anda untuk
- menghindari hubungan seks bersama suami buat sementara waktu
- jauhi aktiviti-aktiviti berat
- banyakkan berehat
Sehingga anda mendapatkan rawatan doktor di klinik atau hospital yang terdekat, kerana dikhuatiri dapat memperburukkan lagi keadaaan. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).