Sulit
5 tahun
Masalah sakit bila pancut
saya lelaki berumur 25 thn … belum berkahwin dan tidak pernah berhubungan seks . tetepi kerap melancap . tetapi sejak akhir akhir ini ketika mengeluar kan mani … rasa sakit ketika mengeluar kan mani . apakah maslah tersebut ye ?dan adakah boleh sembuh dengan sendiri? adakah ia normal?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit bila pancut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
- Luka atau kecederaan pada salur kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































