
Sulit
5 tahun
Masalah sakit dan tempoh haid berpanjangan
Saya berumur 42thn dan mempunyai seorang anak. 5 thn lepas sy telah buat op open membuang fibroid. Pd thn 2017 doc mengesahkan sy mempunyai fibroid lagi. Saya mempunyai haid berpanjangan antara 8-13 hari. Pada hari ke2 & 3 setiap dtg bulan sy akan merasai senggugut dan darah keluar banyak. Saya memerlukan sekurang2nya 12 pad sehari atau perlu menukar kerap bagi mengelak kebocoron. Saya sudah 2 thn follow up dgn hospital kerajaan. Pil yg diberi hanya tranexamic acid dan Mefenamic acid. Darah haid yg banyak biasanya pada hari ke 2 & 3, selepas hari ke 8 biasanya darah haid keluar sedikit dan berwarna agak kehitaman dan sedikit. Kebiasaanya darah haid saya akan berhenti pada hari ke 12 atau 13. Adakah cara lain bagaimana mengawal darah haid keluar dgn bnyk dan mengelakkan sakit senggugut pada hari ke 2 & 3 serta haid yang berpanjangan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan dan sejarah kesihatan yang anda berikan, untuk menangani permasalahan pendarahan haid berpanjangan ini, puncanya harus ditangani dan didalam kes puan, ianya adalah masalah fibroid. Terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan gejala yang serupa seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Antara rawatan lain bagi pendarahan berlebihan adalah seperti pil perancang keluarga, IUCD, rawatan hormon, kaedah “ablation” dan pembedahan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.