
Anonymous
5 tahun
Masalah sakit ketika bersama
Saya wanita dlm 20 an dan sudah berkahwin…saya ada masalah sakit ketika bersama…saya sangat risau …

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Untuk makluman anda, masalah ini sering dialami para wanita yang baru kahwin atau pertama kali berhubungan. Antaranya ialah:
- Vagina kering dan memerlukan lubrikasi.
- Kecederaan fizikal
- Iritasi bahan pencuci wanita
- Jangkitan kulit alat kelamin
- Vaginismus: Otot faraj mengecut
- Bahagian vagina abnormal sejak lahir
- Masalah psikologi seperti stres atau tekanan emosi
Doktor memerlukan maklumat lanjut untuk membezakan jenis kesakitan sama ada ketika kemasukan atau kesakitan yang lebih dalam untuk mengetahui punca kesakitan bersama. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor berdekatan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.