
Sulit
4 tahun
Masalah sakit pinggan dibelah kiri
saya berumur 16 tahun , sudah 3 hari saya mengalami sakit pinggan dibahagian kiri . rasa berdenyut dan letih untuk berjalan. saya yakin bahawa saya sudah minum air mineral 2liter sehari tapi kenapa apabila saya bertemu doktor, dia mengatakan bahawa air kencing saya kotor kerana kurang minum air saya juga diberi ubat pelawas kencing

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Sakit pinggang boleh disebabkan oleh perkara ini:
- Otot kawasan pinggang yang terseliuh
- Gangguan muskuloskeletal
- Komplikasi dari kencing kotor
- Gangguan organ wanita
- Gangguan ginjal (i.e. batu karang, acute kidney injury , dll.)
- Gangguan saluran pencernaan (i.e. appendiks, dll)
- atau gangguan lain yang memerlukan rawatan doktor
Umumnya kencing kotorboleh disebabkan oleh jangkitan kuman atau batu karang yang diperberat oleh tabiat kurang minum air dan gaya hidup yang tidak sihat.
Namun untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan adik anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar adik anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.