Jean

5 tahun

Masalah sakit sinus

umur saya 16 sejak kecil ada masalah sinus. tapi kebelakangan ini jadi lebih teruk, mata saya berair dan saya asyik bersin setiap pagi dan malam. ini menganggu kehidupan saya saya tak boleh fokus belajar. harap tlg dr!

Dr Ilias,

5 tahun

Hai, terima kasih atas soalan anda.

Masalah sinus berlaku kebanyakannya adalah akibat bentuk rongga pernafasan iaitu hidung yang menyebabkan rongga tersebut mudah tersumbat. Contohnya sel rongga hidung yang sensitif menyebabkan bengkak apabila terkena partikel penyebab alergi, bentuk tulang rawan hidung yang bengkok dan bagi sesetengah pesakit mempunyai lebih rongga, menyebabkan laluan bendalir lebih kecil dan mudah tersumbat. Kadang kala, terdapat polip tumbuh di dalam rongga hidung turut menyebabkan masalah ini.

Untuk membantu masalah anda, antara perkara yang perlu dikenal pasti adalah penyebab masalah sinus anda. Bertemu doktor adalah amat disarankan bagi memastikan anda diperiksa dengan betul, penyebab masalah sinus dapat dikenal pasti dan dirawat. Doktor akan mengambil maklumat kesihatan anda terutamanya mengenai masalah sinus yang anda alami sejak kecil, membuat pemeriksaan dan ujian darah atau imej sekiranya perlu.

Sekiranya masalah sinus anda adalah disebabkan alergi, anda dinasihatkan untuk menghindari bahan yang dikenalpasti boleh menyebabkannya. Anda juga akan diberi preskripsi ubat bagi merawat anda sekiranya terdedah kepada bahan alergi. Sekiranya ia berpunca dari masalah bentuk rongga hidung anda, pembedahan kecil mungkin perlu dilakukan untuk merawat masalah ini. Sebagai contoh, sekiranya rongga hidung tersumbat disebabkan oleh polip, maka pembedahan kecil untuk membuang polip itu akan dilakukan.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Hai, Terima kasih untuk soalan anda.

Masalah sinus ialah apabila terdapat keradangan di dalam rongga tulang muka yang menyebabkan lender-lendir mucus tersumbat. Ini akan menyebabkan anda mengalami hidung berakhir dan bersin-bersin yang kronik. Kerana anda mengalami masalah sinus sejak kecil, saya merasakan bahawa terdapat faktor penyumbang utama dalam masalah sinus anda. Ini boleh disebabkan oleh beberapa kondisi termasuklah alahan dan polyps.

Yang pertama, kemungkinan anda mempunyai alahan atau dikenali sebagai allergic rhinitis. Faktor genetik boleh menyebabkan seseorang mengalami allergic rhinitis. Keadaan ini terjadi kerana terdapat reaksi badan apabila terdedah kepada bahan penyebab allergik seperti habuk, hama, dan dedebu bunga. Ini seterusnya boleh menyebabkan terkumpulnya lender-lendir di dalam rongga tulang muka dan hidung dan menyebabkan anda mengalami hidung tersumbat, hidung berair dan bersin-bersin.

Rawatan untuk masalah ini ialah dengan menggunakan anti-histamine untuk melegakan simptom bersin dan hidung berair. Jadi, untuk betul-betul merawat masalah sinus anda, sila lah berjumpa dengan doktor. Ini adalah kerana doktor boleh melakukan beberapa ujian makmal yang boleh mengenal pasti agen penyebab allergik yang menyebabkan anda terkena serangan allergic rhinitis.

Yang kedua, mungkin terdapat polyps atau ketumbuhan kecil di dalam hidung anda. Jangan risau kerana ia bukan lah bersifat seperti kanser, dan ia boleh dirawat sepenuhnya dengan cara membuang polyps tersebut. Ia boleh dilakukan dengan ubat atau pembedahan minimal. Antara ubat yang boleh digunakan ialah sapuan steroid. Sila bercakap dengan doktor untuk mengetahui sekiranya anda mempunyai masalah ini dan apakah rawatan yang sesuai untuk anda.

Hi, terima kasih untuk soalan anda. Masalah yang anda menghadapi dikenali sebagai rhinitis alahan.

Rhinitis alahan adalah keradangan di dalam hidung yang disebabkan oleh alergen, seperti debunga, debu atau kulit serpihan dari haiwan tertentu. Ia adalah keadaan yang sangat biasa, dianggarkan memberi kesan kepada sekitar satu dalam setiap lima orang di negara kita.

Rhinitis alahan boleh menyebabkan komplikasi dalam sesetengah kes. Ini termasuk polip hidung. Polip merupakan kantung cecair yang tidak normal dan tidak kanser yang tumbuh di dalam saluran hidung dan sinus. Selain itu, sinusitis juga boleh terjadi iaitu jangkitan yang disebabkan oleh keradangan hidung dan bengkak yang menghalang lendir dari sinus.

Rawatan untuk rinitis alergi bergantung kepada bagaimana gejala-gejala yang teruk dan berapa banyaknya yang mempengaruhi aktiviti harian anda. Dalam kebanyakan kes, rawatan bertujuan untuk melegakan simptom seperti bersin dan hidung tersumbat atau berair. Jika anda mempunyai rhinitis alahan ringan, anda sering boleh merawat gejala-gejala itu sendiri.

Berikut adalah beberapa cadangan rawatan rhinitis alahan. Secara kerap bersihkan saluran hidung anda dengan air garam. Ubat antihistamin juga boleh digunakan untuk melegakan simptom rhinitis alergi dengan menghalang tindakan kimia yang dipanggil histamin, yang dilepaskan oleh badan apabila difikirkannya serangan dari alergen.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)