
Sulit
4 tahun
Masalah sakit untuk bersama
hai. saya wanita berumur 25 tahun Hampir setahun sy brkahwin dgn suami, sekalipun kami tidak pernah mlakukan perkara intim. bila sy nk brsama dgn suami tu sy jadi xde rasa untuk bermain. Dan sewaktu suami sy cuba untuk mmsukkn ke dlm faraj sy, rasa dia sakit sgt dan xboleh masuk. dan faraj sy pun xberair. guna durex pn still xblh jalan. Sbb rsa dia sakit dan sy xmmpu nak tahan. atau mgkn sbb mindset sy dh set benda ni sakit yg mmbuatkan sy xmmpu nk truskn utk bersama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan pada dinding faraj
- Kurang bersedia dan tidak relaks sebelum penetrasi
- Cervicitis
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan solusi dapat diberikan kepada anda dan suami.
Selain daripada itu, anda juga boleh melakukan perkara ini:
- Menggunakan pelincir
- Pastikan anda benar-benar bersedia sebelum melakukan penetrasi
- Tenangkan dan kosongkan minda anda dan fokus kepada aktiviti tersebut sahaja
- Menggunakan alat bantuan sekiranya perlu
- Pastikan anda, suami dan suasana bilik selesa
Masih terasa sakit ketika bersama dengan suami? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.