
Sulit
4 tahun
Masalah saya air madi tak keluar
Saya ada masalah air madi tak keluar

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu air mani tidak keluar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kebiasaannya, masalah air mani tidak keluar adalah disebabkan:
- Jangkitan pada organ organ reproduktif lelaki
- Kecederaan pada organ reproduktif lelaki
- Kanser buah zakar
- Radiasi
- Vasektomi (prosedur pembedahan untuk menghalang air mani dari keluar)
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan seperti adakah anda merokok atau sudah berapa lama anda menghidapi penyakit air mani tidak keluar ini.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.