
Anonymous
5 tahun
Masalah seks terllu cepat
Sy lelaki berumur 30 dan berat 110kg. Sy mengalami masalah semasa seks cepat memancutkan air mani dan terlalu cair. Apakah yang boleh saya lakukan untuk melambatkan proses pancutan dan untuk pekatkan air mani

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda boleh mencuba beberapa cara seperti
- mengurangkan berat badan dengan pemakanan yang lebih sihat
- bersukan dan aktif secara fizikal yang melatih stamina dan ketahanan anda
- berhenti merokok
- anda boleh mencuba kondom untuk mengurangkan rangsangan seksual pada anda supaya anda lebih lama
- anda juga boleh berjumpa pakar perubatan untuk membincangkan masalah anda yang seterusnya boleh menentukan ubat dan rawatan yang paling sesuai untuk anda
Untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.