
Anonymous
5 tahun
Masalah suami isteri
Doktor…sy sudah berkahwin dan mempunyai 3 org anak. Mslh sy…isteri sy selalu rasa sakit pada bahagian rahim dan mengalami mslh keputihan yg agak byk. Utk pengetahuan doktor, sy dan isteri ada juga bersama semasa beliau haid(sepatutnya dihindarkan). Skrg, sy mengalami keluar cecair putih pada kemaluan sy pula. Apakah mslhnya doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.Antara penyakit yang boleh mengakibatkan keputihan yang banyak serta rasa sakit pada bahagian rahim adalah seperti berikut :
- Keputihan fisiologi
- Candidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kuman yang menyebabkan penyakit kelamin seperti :
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Cecair putih pada kemaluan encik pula mungkin boleh disebabkan oleh jangkitan kelamin dari isteri encik atau boleh disebabkan oleh persetubuhan yang diamalkan semasa isteri encik haid.
Encik disarankan untuk membawa masalah ini kepada doktor. Pemeriksaan rapi untuk encik dan isteri adalah penting untuk memastikan bahagian yang dijangkiti mungkin bukan hanya pada alat kelamin tetapi juga organ lain seperti mata, tekak atau pelvis. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.