Anonymous
5 tahun
Masalah Suka hamil setelah 2 tahun
Sy seorang wanita yang telah berkahwin selama 2 tahun lebih dan masih belum dikurniakan zuriat … dahulu sy pernah terlanjur dgn suami dan tanpa sy sedari sy hamil … sy hanya mengetahui setelah sy keguguran dan sy tidak pergi ke klinik . pendarahan sy xlama lebih kurang seminggu sahja … semua ketulan keluar dengan sndri. anggaran sy kandungan berusia 2 bulan … 6 tahun selepas kejadian tu , sy telah berkahwin dgn suami dan sehingga kini sy tidak hamil … pada awl perkahwinan kitaran period sy tak teratur hingga paling lama selama 48 hari dan badan sy naik mndadak , dari 55-64 kg … tetapi kini berat sy dah 58kg , dgn ktinggian sy 157 cm… sejak tahun ini juga kitaran haid sy dah teratur cantik 28-29hari . sy mahu minta pendapat doc apakah langkah yg sy perlu ambik (saranan doktor) dan apakah kemungkinan masalah yg sy alami … terima kasih
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara sebab-sebab yang boleh menjejaskan kitaran haid wanita termasuk:
- Gangguan hormon apabila berlakunya perubahan badan seperti kehamilan, selepas melahirkan anak, keguguran anak dan ketika akil baligh atau menopaus.
- Penggunaan kontraseptif seperti kontraseptif hormon atau alat kontraseptif dalam rahim.
- Tekanan emosi, masalah pemakanan kerana anoreksia atau bulimia, perubahan berat yang terlampau banyak atau senaman berlebihan.
- Penyakit-penyakit seperti fibroid, endometriosis, gangguan hormon tiroid, sindrom ovari polisistik dan kanser organ reproduktif.
- Kesan sampingan ubat seperti ubat tiroid, antiepileptik, antidepresan dan penipis darah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































