
Sulit
5 tahun
Masalah tekanan darah berubah dari rendah kepada tinggi
Saya wanita berusia 54 tahun.Rekod tekanan darah saya biasanya cenderung menjadi rendah jika dalam keadaan tidak cukup tidur dan stress.Tapi sehari dua ni tekanan darah menunjukkan kenaikan.
Persoalannya, bolehkah pola tekanan yang selalu menurun bertukar menjadi tinggi bila keadaan stress.Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Bacaan tekanan darah boleh berubah mengikut masa diambil serta faktor-faktor lain. Antara penyebab kenaikantekanan darah tinggi adalah seperti:
- Stres - tekanan fizikal mahupun emosi
- Pengambilan makanan bergaram tinggi
- Penyakit kolesterol tinggi dan penyakit jantung
- Penyakit hormon seperti hipertiroid
- Kegagalan buah pinggang juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.