isya1436
3 tahun
Masalah telinga dan area leher
Saya wanita dalam 20 an.sejak beberapa bulan yg lalu saya mengalami masalah telinga gatal2 dan berair diikuti rasa sakit.dan beberapa hari yg lalu bila saya terjaga dari tidur kawasan di leher saya berasa sakit bila disentuh…kalau mendongak dye rasa sakit sampai ke bahagian bahu.and 2 3 hari ni saya selalu mengalami cramp di kaki ketika tidur.harap doc dpt membantu saya.terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pada leher dan gatal pada telinga anda boleh disebabkan faktor seperti jangkitan kuman dalam telinga seperti kayap ataupun masalah posisi ketika tidur. Masalah kejang kaki ketika malam, sekiranya berlaku sekali sahaja tidaklah mendatangkan apa-apa masalah. Sekiranya ia kerap berlaku, ia boleh disebabkan masalah kurang potassium atau kalsium, masalah kencing manis, masalah penyakit arteri periferi atau masalah otot seperti myositis.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.