
jueabdsani
5 tahun
Masalah Tempoh Awal Mengandung
Salam hai dr saya Nayia Umur 23tahun , Saya dah berkahwin Tapi belum ada anak lagi . saya nak tanyakan soalan berkaitan dengan tanda awal kehamilan . haid saya baru lewat sehari sahaja tapi saya ada sedikit mengalami Tanda awal kehamilan Seperti setiap pagi saya raya loya nak minta then ada rasa senggugut sikit . tapi bila saya cek pregnant test Keputusan nya Negatif . Adaka itu menandakan saya menagandung atau pun tidak dr ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala awal kehamilan adalah tidak spesifik kerana loya, muntah waktu pagi mahupun rasa senggugut boleh disebabkan masalah seperti keracunan makanan, penyakit asid refluks (gastrik) atau masalah rahim seperti fibroid/cyst. Kelewatan haid boleh berpunca daripada:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Kehamilan - keputusan ujian air kencing mungkin negatif kerana masih awal lagi untuk ia mengesan hormon kehamilan. Anda boleh memeriksa semula selepas 1-2 minggu selepas tiada haid.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.