Sulit
3 tahun
Masalah tenaga batin zakar lemah cepat pancut tidak tahan lama
asalamualaikum dan slamat ptg doktor boleh saya tahu sya mngalami mslah batin jugak tidak tahan lama sya brumur 28 thun dan sya suka mlncp jdi tabiat dan tdak bleh buang tabiat itu…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Mati pucuk dan ejakulasi pra-matang adalah dua kondisi yang berbeza serta memerlukan rawatan yang berbeza. Namun kedua-dua kondisi ini juga boleh ditangani dengan beberapa langkah mudah seperti:
Amalkan gaya hidup sihat
Kurangkan berat badan
Elakkan merokok
Bertenang
Berbincang dengan pasangan
Perbanyakkan “foreplay”
Ubat sapuan untuk ejakulasi pra-matang manakala ubat pil untuk mati pucuk
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah