Anonymous
4 tahun
Masalah tidak dapat tidur
Saya umur 30… memang sukar untuk tidur dan bila pergi ke klinik doktor tidak berikan ubat tersebut… sy akan ngantuk terlalu awal… contoh pukul 5 6 ptg… jika tidak tidur akn lanjut sampai pukul 3 4 pagi… dan sukar untuk bangun pagi… setiap hari lambat pergi kerja… tolong saya … kadang2 terpaksa minum ubat batuk or panadol untuk tido…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah sukar tidur akibat pola harian yang sudah dibiasakan. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memperbaiki pola tidur ini. Pertamanya adalah anda perlu kurangkan tidur siang. Sebaiknya anda ambil rehat atau nap sekitar 5-10 minit sahaja pada waktu siang dan mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya pada malam hari.
Selain itu, amalan sleep hygine adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:
- Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
- Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
- Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
- Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
- Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa
Anda boleh cuba melakukan tips di atas dan rujuk kepada doktor sekiranya masalah anda berlarutan atau menggangu aktiviti harian anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.