
Sulit
4 tahun
Masalah tidak datang period berbulan-bulan
Saya wanita berusia 24 tahun dan sudah berkahwin…saya mengalami masalah haid tdk teratur…saya sudah check ujian kehamilan tapi result negative…blh saya tau punca dia kenapa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stres
- Senaman yang berlebihan
- Jangkitan salur kencing
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI (Sexual transmitted infection)
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid atau kelenjar pituitari
- Masalah pada organ reproduktif wanita -rahim, ovari
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Sekiranya doktor menggalakkan anda mengambil suplemen tersebut, anda boleh mengambilnya tetapi berdasarkan dos yang diberikan oleh doktor. Berkenaan melatonin pula, kami sarankan anda untuk berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi terlebih dahulu sebelum mengambilnya bersama suplemen atau ubat lain kerana mungkin terdapat interaksi.
Anda masih risau tentang haid yang tidak datang? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.