
Sulit
4 tahun
Masalah tidak selesa di zakar
Saya lelaki 20 an…saya mengalami masalah dimana hujung zakar atau zakar saya terasa geli walaupun tidak ereksi…masalah ini menimbulkan ketidakselesaan kepada saya…jadi bagaimana hendak menghilangkan rasa geli ini ya? Sudah 3 hari saya mengalami masalah ini

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, penis yang sensitif adalah normal. Akan tetapi, sekiranya sensitif terlalu kuat sehingga menganggu, ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Fimosis yaitu apabila sesorang tidak berkhatan / sunat sehingga menyebabkan terdapat kotoran di celah kulit tersebut sehingga meradang
- Akibat jangkitan saluran kencing yang juga dikenali sebagaikencing kotor
- Kecederaan terhadap penis seperti akibat hubungan seks atau onani yang keras, atau akibat kemalangan atau sukan.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.