
Sulit
4 tahun
Masalah tidur yang berlarutan sejak belakangan(sejak dlm kira2 3 minggu yang lepas
Sy student 17 thn.Sy mengalami masalah tidur iaitu susah tidur pada waktu malam.Sy akan tertidur sekitar pukul 2 atau 3 pagi kerana setiap kali sy mahu tidur kepala sy(di bhgian belakg dan kdg2 bahagian kiri) akan terasa amat sakit dan sehingga boleh berlarutan sehingga pagi.Pada waktu pg atau petang pula sy akan berasa letih dan mudah tidur.Sepanjang hari kepala saya sakit(mostly dibahagian belakang kepala).Sakitnya seperti berdenyut2 sy kerap menangis utk menahan rasa sakit tersebut.Saya tk dpt ungkapkan sakitnya bagaimana.Sakitnya teramat sgt sehingga sy tidak mampu melakukan aktiviti lain.Saya juga perasan perangai sy makin berubah seperti pelupa,senang marah dan cuai.Sy mengaku sy ada stess yg teramat akibat drpd masalah dan pergaduhan family yg teruk.Pada waktu malam sy sgt mengantuk tetapi tk boleh tidur juga.Jika berlaku perkara demikian sy akan terus telan ubat panadol(dgn harapan boleh tidur dan boleh kurangkan sakit kepala yg melarat).Jadi soalan sy disini
1.mengapakah kepala sy sering sakit (berlarutan sehari suntuk dan kerap berlaku)Adakah kesan drpd tidak boleh tidur?
2.Adakah sy insomnia dan hipersomnia?kerana sy tk boleh tidur dgn lena dan sering berasa mengantuk walaupun selepas tidur lebih 3 jam pada waktu ptg@pagi
3.Adakah tindakan sy betul untuk telan panadol jika perkara ini berlaku?kerana sy alaminya setiap hari.Jika tidak boleh tidur malam beserta sakit kepala,sy akan telan panadol.Pd waktu pagi @ ptg jika kepala sy sy,sy juga akan telan panadol.Jadi sehari hampir 2 ke 3 biji panadol sy telan.Sy hanya bergantung pada panadol(sbb sy tk mahu berjumpa doctor).
Adakah sy patut berjumpa dgn dr?Tahap manakah keseriusan sakit sy ini?
Maaf kerana soalan yg panjang.Sy hanya harapkan DOC ini sahaja.Harap boleh membantu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, masalah tidur anda mungkin dapat dijelaskan oleh beberapa faktor berikut:
- Kemurungan ( depression)
- Keresahan (anxiety)
- Insomnia
- Migrain
- Suasana kawasan tidur yang tidak selesa
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Kami akan menjawab soalan anda satu persatu supaya anda faham penerangan kami.
- Punca sakit kepala anda mungkin disebabkan oleh punca-punca yang disebutkan di atas, namun ia juga boleh berpunca dari sebab yang lain juga
- Kami tidak dapat menerangkan sama ada anda mempunyai hipersomnia ataupun tidak memandangkan lebih banyak maklumat yang diperlukan untuk memberikan diagnosis tersebut.
- Panadol merupakan salah satu daripada ubat tahan sakit. Anda boleh mengambilnya sekiranya anda tidak berasa selesa dan sakit kepala tersebut itu mengganggu anda. Ingin kami tekankan supaya anda mengambil ubat tahan sakit tersebut mengikut arahan pegawai farmasi ataupun seperti yang tertera pada pek.
Saranan kami adalah lebih baik anda berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Selain dari itu, dengan berjumpa doktor, punca sebenar masalah anda juga boleh diketahui dan ditangani.
Anda boleh lakukan beberapa perkara ini sekiranya anda mengalami masalah tidur:
- Tidur dalam suasana yang gelap dan senyap
- Jika anda memerlukan muzik, pasang muzik yang memberikan ketenangan dan khas untuk tidur
- Melakukan teknik pernafasan yang betul
- Elakkan dari menggunakan gajet sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur
Sekiranya anda mempunyai soalan lain, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.