
sue031983
6 tahun
Masalah tonsil dan demam
salam dr,saya ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun.soalan saya,anak saya mengalami masalah tonsil.beliau kerap demam dan senang dijangkiti demam sekiranya orang di sekeliling demam terutama ahli keluarga ataupun di tadika.baru-baru ini iaitu pada 16 april 2019 beliau demam kerana berjangkit dengan ayah beliau yang demam selsema dan batuk.ketika beliau demam,suhu badan beliau mencecah bacaan 39.terutama ketika beliau tidur iaitu dalam jam 3-4 pagi.saya sudahpun membawa beliau ke beberapa buah klinik kerana risau masalah demam yg tinggi.dan rata2 dr klinik memberi jawapan adalah tonsil bengkak.dan mereka memberi ubat antibiotik,ubat demam,selsema dan batuk.tetapi walaupun saya memberi ubat tersebut kepada beliau. ubat2 tersebut tidak banyak membantu memulihkan beliau.malah beliau akan demam kembali dan memaksa saya untuk memberi ubt yang di masukan melalui punggung untuk menurunkan suhu badan yang panas.bermula 16hb april beliau demam sehingga ke 21 april beliau masih demam on off,dan saya hanya memberi ubat demam yang di bekalkan oleh klinik untuk mengurangkan demam.dan menurut kata seorang dr dari salah sebuah klinik yg saya pergi,tonsil beliau stage 3 atau 4.Beliau jugak kelihatan agak lemah,kurang makan dan minum dan tidak berapa aktif.sbg ibu saya sangat risau dan apakah yang harus saya lakukan untuk menyembuhkan penyakit tonsil anak saya ?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi oleh anak puan. Untuk makluman pihak puan, demam yang dihadapi oleh anak puan boleh berpunca daripada radang tonsil tersebut atau masalah lain seperti sistem imuniti yang lemah.
Oleh itu, ouan disarankan untuk membawa anak puan berjumpa doktor di hospital seperti doktor kanak-kanak memandangkan anak puan terlalu kerap demam dan mendapat radang tonsil tersebut.
Masalah radang tonsil yang teruk mungkin memerlukan pembedahan, namun ia bergantung kepada keperluannya mengikut padangan doktor yang merawat anak puan.
Puan boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut tentang keadaan anak puan.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!