
Sulit
4 tahun
Masalah Tulang Belakang dan Tahap Kesihatan Yang Tidak Menentu Semenjak 2 Bulan Lalu
Saya wania berusia 20 tahun seorang penghidap skoliosis dan ianya dapat dikesan pada akhir tahun 2018. Tulang belakang sy telah membengkok sebanyak 45° dan sy hanya jalani temujanji setahun sekali dengan doktor di hospital. Pada bulan 10 tahun ini sy telah demam secara on off dan ianya berlarutan sehingga sekarang . Saya juga hilang selera makan . Sistem pernafasan juga terganggu . Sy turut selalu merasa kebas di tangan kiri . Sy kerap pening dan sy mempunyai kitaran haid yg tidak stabil dari bulan 10 . Pinggang sebelah kiri juga sering terasa sakit . Adakah semua simptom2 ini disebabkan oleh skoliosis atau ada masalah lain.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi kemungkinan boleh disebabkan scoliosis. Antara komplikasi scoliosis adalah:
- Masalah jantung dan paru-paru menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan kesukaran untuk jantung mengepam darah ke otak dan seluruh badan
- Sakit belakang dan pinggang
Haid yang tidak teratur juga boleh disebabkan pelbagai punca seperti:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.