Sulit
4 tahun
Masalah ubat dan kesan postinor
Hai doc, saya berumur 21 tahun dan sudah berkahwin. Saya membuat hubungan intim bersama suami dan suami terpancut dalam. Dan kami belum bersedia utk mempunyai anak… dan sy mengambil keputusan untuk memakn postinor 2, boleh kah sy memakn postinor 2 dua biji sekali gus tanpa tggu 12jam utk pill kedua? Dan adekah dia mempunyai kesan sampingan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kajian menunjukkan bahawa pil kontraseptif kecemasan Postinor-2 mempunyai efektiviti yang sama jika anda mengambil dua dos pada masa yang sama ataupun menunggu 12 jam untuk pil kedua.
Merujuk kepada kesan sampingan yang ditanyakan, mengambil dua dos ubat sekaligus tidak memberi kesan merbahaya terhadap anda serta seperti dijelaskan diatas, tidak mempengaruhi efektiviti ubat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian ataupun bercakap dengan ahli farmasi kami di (DoctorOn. Terima kasih.