
Sulit
4 tahun
Masalah untuk naikkan berat badan
Saya wanita bermuur 28 tahun. Anak satu. Bermacam macam cara Saya Cuba untuk naikkan berat badan Saya ni. Saya ingin bertanya, adakah masih Ada peluang saya. Suggestions supplement or vitamin untuk Saya ambil ?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh dibantu dengan:
- Menjalani kehidupan aktif
- Makan pada waktunya
- Lebihkan pengambilan karbohidrat seperti nasi, roti dan mi
- Tidur secukupnya
- Minum air secukupnya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.