
Sulit
4 tahun
Masalah vagina sempit , suami langsung tidak dapat masukkan zakarnya
Sy baru brkahwin 3 hari, suami langsung tidak dpt masukkan zakarnya ke dlm vagina sy kerana sempit , apakah ianya normal bagi pertama kali ? Ap yg perlu sy lakukan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terma perubatan yang digunakan untuk masalah yang anda nyatakan ialah vaginismus . Membawa maksud keaadan dinding faraj yang mengalami ketengangan atau kontraksi. Keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berlaku kepada wanita yang pertama kali melakukan hubungan kelamin.
- Boleh berlaku akibat dripada jangkitan kuman, trauma ataupun surgery pada bahagian kemaluan
- Masalah perhubungan rumah tangga ataupun stress
Walau bagaimanapun, punca-punca ini tidak dapat diselesaikan dengan maklumat terhad yang diberikan oleh anda. Oleh itu, kami menasihatkan supaya anda merujuk perkara ini kepada doktor. Selain daripada berunding dan ubat, anda dinasihatkan untuk melaksanakan perkara berikut:
- berkomunikasi dengan pasangan anda
- penggunaan pelincir untuk mengurangkan geseran
- baca atau dapatkan lebih banyak maklumat mengenai seks
- mengurangkan tekanan
- berunding dengan kaunselor kesihatan seksual
Rawatan merangkumi intervensi secara fizikal dan juga emosi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.