lisalalisa676
5 tahun
Masalah vagina yang mengeluarkan lendir berwarna kuning berketul dan amat gatal
saya seorang wanita berumur 20an sy sudah berkahwin. selepas sy keguguran vagina sy jd bermasalah selalunya selepas seminggu period akan keluar lendir yg berketul berwarna kuning dan sy terpksa korek and keluar ketulan kuning yang amat gatal. vagina sy akan rsa sangat gatal. lama jugak sy melalui perkara ini, tambah selepas bersama dengan suami sy. boleh sy tahu ubat apa jenis ubat yg sesuai untuk sy beli?
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah vagina gatal boleh disebabkan oleh:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.


































