
Sulit
5 tahun
Masalah wanita Iaitu period yang tidak datang dan membuatkan diri risau sekiranya trdapat masalah lain
Sya tiada period untuk bulan April ni, sedangkan tarikh sepatutnya period berlalu suda. Pada bulan feb 28,paling last melakukan hubungan intim bersama suami. Bulan 3 14/3 ada period tapi bulan ni belum ada. Adakah terdapat masalah dengan kesihatan dalaman sya? Sya hamil ka? Sekiranya tidak dtg bulan ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.