
Sulit
4 tahun
Masalah Warna Haid dan Kurangnya Kuantiti Haid
Saya wanita berumur 18 tahun. Sejak saya cukup umur, haid saya teratur ikut tarikh dan tiada sebarang masalah tetapi sejak kebelakangan ini dalam 2,3 bulan lalu, saya mengalami pertukaran warna pada darah haid saya dri merah biasa kepada coklat. Dan juga darah haid kali ini sangat kurang dri sebelumnya. Kenapa ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan mengenai keadaan anda. Untuk maklumat anda ia adalah normal untuk mengalami pertukaran dari segi kualiti darah haid kerana perubahan hormon anda dan juga disebabkan oleh darah yang lama berada di dalam rahim anda.
Warna coklat pada darah haid anda adalah disebabkan oleh darah lama yang tidak dikeluarkan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Mengenai darah haid kurang, ia mungkin disebabkan oleh hormon. Dan terdapat beberapa faktor mengapa kitaran dan kuantiti haid boleh menjadi tidak menentu:
- Umur
- Tekanan disebabkan oleh jadual kerja yang terlalu padat
- Berat badan; berat badan yang berlebihan dapat mengganggu kitaran haid
- Ketidakseimbangan hormon
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah pandangan kami secara am dan anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar.
Jika anda mempunyai soalan lain, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai keadaan anda bersama pakar kami. Terima kasih.