
Sulit
4 tahun
Masalah zakar bengkak akibat enjection dari minyak kayu cendana
Sy mngalami masalah ereksi zakar akibat enjection.dlm 1 thn 4 kli bengkak di kantung zakar kemerahan panas badan akibat bengkak.dlm 3 minggu bengkak semakin reda dan normal kembali…cuma ada di bawah zakar bengkak kecil …sbb kecil boleh menjadi besar kbali…harap dpt bantuan dri dokter.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah zakar bengkak dan masalah ereksi, seperti:
- Jangkitan pada zakar atau testis
- Hernia
- Hydrocele
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
- Tekanan darah tinggi
- Kencing manis
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda disebabkan perkara ini memerlukan perhatian anda dengan segera sebelum ia melarat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.