
Anonymous
5 tahun
Masalah zakar bengkok
saya lelaki berumur 20an.saya mempunyai masalah zakar bengkok.saya menyedari perkara ini semasa sekolah menengah.saya sangka zakar saya akan baik sendiri bila berumur 18 tahun namun berlarutan hingga sekarang.semasa eraksi zakar saya menjadi bengkok,dan saya rasa pembesaran zakar saya terbantut.saya telah mencuba memakai pro extander namun tiada kesan yang berlaku.apakah yang saya perlu lakukan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala zakar bengkok ini boleh disebabkan:
- Zakar bengkok atau penyakit Peyronie/Peyronie’s disease adalah lengkungan zakar yang tidak normal yang disebabkan oleh tisu parut (fibrous scar tissues) dalam tisu ereksi.
- Ia adalah keadaan di mana zakar apabila tegaang atau mula mengeras, ia akan mula melengkung secara tidak normal.
- Oleh kerana tisu parut menghalang zakar untuk mengembang secara keseluruhan, lengkungan itu akan menjadi paling jelas semasa ereksi. Ia adalah salah satu punca yang jarang berlaku untuk disfungsi ereksi - keadaan di mana seorang lelaki mengalami kesukaran untuk mencapai atau mengekalkan ereksi.
- Lengkungan ini juga boleh menjadi sangat teruk sehingga mengganggu hubungan seksual.
- Penyakit Peyronie biasanya terjadi dalam kalangan lelaki berusia 50 tahun ke atas.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.