
Sulit
4 tahun
Masalah Zakar Melecet
Saya Mengalami Zakar melecet pada kepala zakar. cadangkan rawatan untuk penyakit saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Namun begitu, kami memerlukan maklumat lanjut bagaimana anda mendapat zakar melecet tersebut. Berikut merupakan beberapa sebab yang boleh menyebabkan zakar anda melecet:
- Sifilis
- Penyakit herpes
- Cancroid
- Molluscum contagiosum
- Contact dermatitis
- Eczema
Penyakit di atas boleh berpunca daripada:
- Alahan kulit yang tersentuh
- Terjangkit daripada sentuhan orang yang menghidap.
- Hubungan seks dengan orang yang menghidap penyakit kelamin
- Pencampuran darah dengan orang yang menghidap seperti berkongsi jarum dan sebagainya.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Pemeriksaan oleh doktor haruslah dibuat untuk mengetahui puncanya dan supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.