
Sulit
4 tahun
Masalah zakar selepas khatan
saya mempunya masalah zakar yang pelik selepas khatan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang rupa bentuk zakar yang pelik selepas berkhatan. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Terlebih kulit
- Kurang penjagaan kebersihan
- Keadaan zakar sewaktu berada dalam keadaan rehat
Untuk menilai adakah rupa bentuk zakar anda normal ataupun tidak, pemeriksaan yang lebih komprehensif perlu dilaksanakan bagi menentukan kondisi yang dihadapi oleh anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor