Sulit
5 tahun
Maslah kencing X lawas dlm sminggu ,rasa kgtalan slpas membuang air ,Dan mempunyai mslah kgtalan d area mis v
Saya wanita brusia. 31 tahun ank 3.sy mempunyai masalah kncing xlawas ,gatal dlm kmaluan slpas abis membuang ai kecik…juga mempunyai masalah gatal Di area miss v…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadap iaitu masalah kencing tidak lawas dan kegatalan. Untuk makluman anda, masalah ini dapat disebabkan oleh beberapa penyebab, antaranya ialah:
- Pundi kencing prolaps
- Jangkitan salur kencing
- Urethral stricture- penyempitan uretra dan memberi kesan kepada aliran air kencing dari pundi kencing.
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Kesan strok
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.


































