
hajarazlin40
5 tahun
Maslalah Kulit Muka
Kenapa kulit saya gatal-gatal setelah mecuci muka walaupun saya mencuci muka dengn air sahaja tanpa sabun pencuci muka… Kemudian tempat yang gatal-gatal tersebut menjadi merah kadangkala akan tumbuh jerawat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan kegatalan di permukaan kulit kita.Antaranya ialah:
Kulit kering: Kulit gatal yang tidak disertai dengan perubahan kulit lainnya, seperti ruam, paling sering disebabkan oleh kulit kering (xerosis).
Penyakit kulit dan ruam: seperti ekzema psoriasis, kudis, kutu, cacar air dan sebagainya
Penyakit sistemik: Penyakit sistemik yang dapat menyebabkan gatal, diantaranya: penyakit hati, malabsorpsi dan sebagainya
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.