
Sulit
3 tahun
Masturbate sebelum tido
Hai doctor, saya berumur 30 tahun… saya mengalami masalah susah untuk tido sejak sekolah lagi. Apa yg sy lakukan, sy akan masturbate sebelum tido. Kerana ini akan menyebabkan saya mudah untuk tido. Adakah ini tidak apa utk sy meneruskn cara sy ini?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda mempunyai masalah sukar tidur yang diatasi dengan onani sebelum tidur sejak zaman persekolahan lagi,
Kami memahami masalah anda dan akan cuba membantu.
Untuk makluman anda,masalah yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Stres dalam kehidupan harian
- Jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
- Sesetengah ubat asma, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan ubat selesema.
- Masalah kesihatan yang lain seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, pedih ulu hati, penyakit tiroid dan penyakit Alzheimer.
- Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok)
Selain itu, sedikit tips untuk anda, amalan sleep hygine adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:
- Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
- Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
- Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
- Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
- Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa
Untuk makluman anda, tabiat onani dalam apa juga cara sekalipun adalah sesuatu yang tidak bagus. Sebaiknya anda cuba meninggalkan tabiat onani ini untuk menikmati nikmat hubungan seksual yang sebenarnya dengan pasangan anda kelak.
Berkenaan ini, anda disarankan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut seperti mendapatkan bantuan kaunselling atau doktor. Anda boleh berhubung dengan kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda lebih lanjut.
Harap jawapan ini membantu anda.Terima kasih
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar psikiatri