
Anonymous
2 tahun
Mata berair dan kerap bersin
Saya wanita berumur 31tahun, sejak kebelakangan ini mata sentiasa berair…kadang2 ianya gatal n pedih.
Apabila kena angin sikit berair, kena silau matahari pon berair dan paling teruk bila kena silau lah…air mata akan bertakung seperti orang yang sedang menahan tangisan untuk tidak gugur ke pipi. Saya risau kerana ianya menganggu apabila saya memandu. Aircond kereta juga boleh sebabkan airmata saya bertakung dengan banyak. Ianya akan disertai rasa pedih apabila mengelip mata dan kadang kala akan ada selaput putih seperti tahi mata.
Masalah saya yang lain ialah saya juga kerap bersin terutama waktu pagi dan malam. Dalam satu minit saya akan terbersin beberapa kali tanpa dapat saya kawal bersin itu.
Kadang2 saya terbersin sampai terkencing.
Hidung sentiasa berasa tidak selesa dan saya akan mengambil minyak berangin atau nose inhaler untuk meredakan rasa ketidakselesaan hidung saya.
Saya seolah2 mengalami selsema setiap hari…
Apa masalah saya doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Merujuk kepada gejala bersin tanpa henti dan mata berair yang memburuk apabila terdedah kepada angin dan sejuk, gejala-gejala yang anda alami ini boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Allergic rhinitis (resdung) alergi akibat sejuk, habuk, makanan
- Non-allergic rhinitis seperti drug-induced ataupun exercise induced
- Vasomotor rhinitis - satu pentuk peradangan hidung
- Occupational rhinitis - terkait pekerjaan yang terdedah kepada habuk
- Infection rhinitis - jangkitan lapisan dalam hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak)
Selain itu, sekiranya mahu mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Photo by ian dooley