
atikahdeload
5 tahun
Mata berdenyut2 dan Sakit di bahagian dada kiri
Sy atikah berusia 28tahun…tinggi 157cm berat 90kg.dua hari lepas…jam 11mlm sy buat senaman biasa…warm up dan lompat bintang…lepas tu cooldown…dalam 10minit.sy rehat2…dan bersihkan diri dan tidur…tp semalam sy punya mata kiri tiba2 berdenyut2. Kerap…dan mula sakit dada kiri.hari ni pun mata sy masih berdenyut2…dan dada sy masih sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sindrom koronari akut
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Gangguan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.