
Anonymous
5 tahun
Mata merah disebelah kanan
Suami saya hampir 10 hari sakit mata merah belum sembuh . Bila pergi hospital dokter bagithu sakit radang mata . Apa cara lain untuk sembuh kan penyakit nye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, keterangan yang puan berikan adalah kurang jelas. Sukar untuk dicari tahu penyebab-penyebab atau cara untuk menyembuhkan sekiranya maklumat tidak lengkap. Sebaiknya dijelaskan juga apakah terdapat rasa sakit, bagaimana dengan penglihatan suami sejak mata marah, apakah kabur, berapa usia suami anda, apakah mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi atau kencing manis dan sebagainya.
Secara umum, mata merah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- perdarahan subkonjunktiva (lapisan mata)
- konjunktivitis
- glaukoma
- ulser kornea
- uveitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Photo by Ali Tareq