fiqaeykanazrul
6 tahun
Mata pedih ada bintik putih
Saya lelaki berumur 17 tahun dan mata belah kiri saya sakit sejak 3 bulan yg lalu, mata rsa pedih,dan silau bila melihat cahaya lmpu dn waktu siang. Di anak mata hitam saya ada satu tompok putih yg kecil. Saya rabun dari skolah rendah, setahun saya pakai cermin mata, slepas itu saya tak pakai, sehinggalh sekrg saya mula cuba pkai smula. Mcm mne yer ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, maklumat tambahan diperlukan seperti sejarah kesihatan, penggunaan ubat-ubatan serta jenis rabun dan kaca mata yang digunakan. Namun begitu, pedih mata boleh berpunca atas sebab-sebab seperti:
- Kemasukan bendasing
- Penggunaan kanta lekap
- Konjungtivitis (jangkitan pada konjungtiva mata)
- Glaukoma
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor mata ataupun bercakap secara privasi dengan kami pada link ini (DoctorOnCall) secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





























