
Sulit
4 tahun
Mata sakit apabila tutup dan bukak mata , sakit apabila menggerakkan mata
Saya wanita berumur 19 tahun, dalam kebelakangan ini saya terasa sakit kepala yang teruk pada satu muka dimana terasa seperti urat tertarik dengan tegang. Selepas itu, mata saya terasa sakit apabila ditutup ( ketika hendak tidur) dan mata saya juga sakit ketika hendak memandang kekiri dan kekanan.
Tolong berikan penjelasan kepada sakit saya ini kerana ianya menggangu kehidupan seharian saya, saya masih lagi belajar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, salam sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami melalui talian ini.
Berdasarkan keterangan anda, saya memahami kebimbangan dan kerisauan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit kepala dan sakit mata boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Bagi mengurangkan kesakitan yang dialami, kami sarankan anda untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat :
- Berehat dan tidur secukupnya
- Kurangkan stres dan bersukan secara berkala
- Kurangkan pengambilan minuman yang berkafein
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai tanda-tanda ini:
- Sakit di bahagian mata
- Mata merah atau gatal
- Penglihatan anda terganggu
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah penerangan am dalam masalah ini. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.